Pasukan BTS Hilangkan Kebosanan Peminat Dengan Siri Konsert Percuma Di Rumah


Wah! Ini mungkin berita gembira buat peminat-peminat kumpulan K-pop BTS yang dikatakan akan memberikan koleksi konsert mereka untuk menghiburkan peminat mereka yang perlu duduk di rumah semasa Pandemik ini.

Pasti ramai yang kecewa bila terpaksa melupakan konsert jelajah dunia pasukan kesayangan mereka. Tapi, ini sedikit sebanyak akan terubat apabila koleksi konsert ini akan diberikan secara percuma dan boleh ditonton melalui BANGTANTV di YouTube mulai Sabtu ini.


Antara koleksi konsert yang boleh ditonton semula adalah BTS Live: The Most Beautifu in Life On Stage (2015) dan BTS Live Trilogy Episode III The Wings Tour In Soul (2017).

Jadi, korang bolehlah hilangkan kebosanan di rumah tu dengan menonton semula konsert BTS ni. Untuk korang yang tak minat dengan BTS, boleh terus lakukan banyak lagi aktiviti yang berfaedah.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang minat BTS di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media