--> Skip to main content

Rihanna Sindir Presiden Amerika Syarikat


Nampaknya ramai orang di Amerika Syarikat tidak menyukai Donald Trump termasuklah artis seperti Rihanna. Baru-baru ini, dia melakukan Instagram Live menjawab soalan daripada peminatnya mengenai album baharu yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

Menerusi entri tersebut, dia seakan-akan menyindir Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selepas salah seorang pengikutnya bertanyakan mengenai album baharunya. Rihanna juga mengingati peminat dan pengikutnya agar tidak lagi bertanya mengenai albumnya itu.

If one of y'all motherf–ckers ask me about the album one more time when I'm trying to save the world, unlike y'all president...on sight. -kata Rihanna

Kalau korang nak tahu, pemilik dan pengasas kepada Fenty's Beauty itu pernah memberikan sumbangan yang besar sebanyak RM21 juta untuk membantu orang ramai bagi membendung jangkitan wabak Covid-19 tau!

OHMEDIA: TERBAIKLAH RIHANNA! BERANI BETUL DIA SINDIR.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca minat Rihanna di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 13 April 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...