Penyanyi Popular Glenn Fredly Dengan Lagu Januari Meninggal Dunia


Penyanyi popular Indonesia Glenn Fredly baru sahaja dilaporkan menghimbuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta Selatan akibat sakit meningtis.

Berita pemergian Glenn yang berusia 44 tahun itu dimaklumkan oleh rakannya, Teuku Adifitrian.

Telah kembali saudara kami, Glenn Fredly malam ini. Mohon dimaafkan semua salahnya. Dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua. - Seperti yang dilaporkan Kompas.

Jika korang masih ingat, Glenn sangat popular dengan lagunya seperti "Akhir Cerita Cinta" dan "Januari" pada tahun 90-an.


+ Baca respon pembaca pemergian Glenn Fredly di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media