--> Skip to main content

Puteri Aishah Mula Dirawat Petang Semalam


Baru-baru ini, pelakon jelita Puteri Aishah disahkan positif covid-19 selepas dia dikatakan pulang dari menjalani penggambaran drama bersama kru produksi yang lain di Inverness, Scotland. Menurut laporan Berita Harian, Puteri Aishah telah memulakan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) petang semalam.

BACA : Puteri Aishah Disahkan Positif


Menerusi Instagram Story pengurusnya, Iman Tang berkongsi yang Puteri sempat kirim foto dan memberitahu kepadanya yang dia sudah dibawa ambulans dan dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh untuk dapatkan rawatan. Iman Tang juga mengatakan yang Puteri nampak sihat dalam gambar tersebut sambil memakai baju warna merah jambu.

Iman Tang juga meminta untuk sama-sama kita berdoa supaya Puteri selamat dalam perjalanannya menuju ke hospital serta dipermudahkan urusannya disana. Semoga cepat sembuh dan Ohmedia berharap yang Puteri Aishah kuat dan terus melawan wabak covid-19 ni ya.

Sumber : Berita Harian




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 09 April 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...