--> Skip to main content

PKP Fasa 4: Ketua keluarga dibenarkan bawa seorang ahli keluarga keluar bersama untuk beli barangan keperluan


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 yang bermula hari ini, membenarkan ketua keluarga membawa seorang lagi ahli keluarga bersama keluar membeli barangan keperluan harian. 

Kebenaran itu berdasarkan kemaskini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Ketua keluarga hanya dibenarkan membawa seorang ahli keluarga keluar bersama di mana ahli keluarga tersebut adalah dari kediaman yang sama. 

PKP Fasa 3 berakhir semalam, tetapi dilanjutkan sehingga 12 Mei depan dan negara kini dalam fasa pemulihan. 

Dalam fasa pemulihan, sektor ekonomi dibenarkan kembali beroperasi seperti biasa tetapi keutamaan diberikan kepada industri pembinaan dan industri berat terlebih dahulu. 

Kakitangan di sektor berkenaan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan kes penularan Covid-19 baru. Ini termasuk menjalani pemeriksaan suhu badan, penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri. 

Sumber: MalaysiaKini


Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 29 April 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...