Wah! Seronok betul bila kita ada kembar kan? Kalau nak pergi mana-mana mesti dah ada yang teman, tak rasa bosan dan kekok pun. Begitulah yang terjadi kepada mereka bertiga yang kembar seiras ini.
Tiada persaingan. Seronok jadi kembar, tak payah cari geng sebab selalu bertiga je. Kalau pergi kenduri pun tak ada rasa awkward, sebab dah ada teman sekali. Kami pun banyak minat benda sama. Sukan misalnya, dari kecil selalu ikut ayah. Kami suka main tenis, badminton dan golf.
Kembar seiras ini sekali lagi tular dengan sebuah video Tiktok terbaru mereka di media sosial. Apa yang lebih menarik, ramai netizen berasa keliru apabila melihat mereka dan ada juga mengatakan bahawa video tersebut hanyalah satu teknik suntingan jer.
Ada yang fikir video itu edit. Mereka ragu-ragu dan tak percaya. Mungkin mereka fikir video tu ada seorang sahaja, kemudian edit jadi berganda tiga orang sama. Tapi rata-ratanya terhibur. Mereka kata suka tengok kembar tiga. Lepas tu ada juga yang komen, kata teringin nak ada kembar. -kata Iqbal Amzar Bukhory, salah seorang daripada kembar itu.
Selain Iqbal Amzar, kembarnya yang lain bernama Haikal Ajmal dan Hambal Aismal turut bercerita kehadiran mereka bertiga ternyata memberi keliruan buat salah seorang petugas restoran makanan segera baru-baru ini tau!
Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami pergi McD. Selepas cari tempat untuk duduk, kami pergi order makanan secara berasingan. Pergi sorang-sorang. Yang pertama dan kedua okay lagi...bila yang ketiga pergi order, terus akak tu tegur 'cepatnya awak makan'. Sebab dia ingat saya seorang je, tak tahu ada kembar. Dia fikir tiga kali datang order tu orang sama.
Our first TikTok together. Copy Paste gone wrong 😐😂 #tiktokmalaysia #outfitchallenge pic.twitter.com/xx2kT0iXUz— IqbalAmzar (@IqbalAmzar) April 11, 2020
Kalau korang nak tahu video mereka melalui aplikasi TikTok kebanyakannya mendapat inspirasi dari luar negara dan mereka melakukan seperti itu kerana hanya mahu menghiburkan orang ramai.
Kami tengok video-video menarik yang mungkin boleh adapt dengan kami sebagai kembar, kami cuba hasilkan. Aplikasi TikTok ni atas perspektif masing-masing. Ia bergantung kepada content. Banyak je content yang bersifat intelek dan mendidik. Kalau nak kata TikTok tu rempit dan sebagainya, platform lain pun sama. Tapi kita tengok atas content yang dibawa.
OHMEDIA: SIAPA ADA KEMBAR? SERONOK BETUL BILA TENGOK KEMBAR KAN!
Sumber: mStar | Twitter
+ Baca respon pembaca suka tengok kembar di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media