UiTM Nafi Keluarkan Arahan Bakal Ambil Tindakan Terhadap Pelajar Yang Sertai Petisyen Perletakan Jawatan Vivy Yusof


Unit Integriti Universiti Teknologi Mara (UiTM) nafi mengeluarkan arahan bahawa pihak mereka bakal ambil tindakan terhadap pelajar yang menyertai petisyen tandatangan bagi perletakan jawatan Vivy Yusof.


Penafian: Unit Integriti UiTM tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman berkaitan perkara ini. Maklumat ini adalah palsu.

Hal itu dimaklumkan di Twitter akaun rasmi, @uitmofficial baru-baru ini. Haa, kalau korang nak tahu sebenarnya ada berita palsu yang tular di media sosial yang mengatakan pihak mereka akan mengambil tindakan terhadap pelajar di bawah Akta 174.


Bukan tu jer, ia juga memohon kepada semua pelajar supaya tidak menyertai petisyen bagi perletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Vivy Yusof. Aduh! Siapalah yang sanggup reka mesej tu kan?

Menerusi hasil tinjauan di Twitter, ramai berpendapat bahawa pelajar ada hak untuk bersuara dan mengambil tindakan sekiranya pihak itu merosakkan imej universiti. Takpa, kita tunggu jer respon dari pihak atasan UiTM okay.

OHMEDIA: ORANG YANG SEBAR BERITA PALSU TU BERANI BETUL!

Sumber: Twitter

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media