--> Skip to main content

RON95, RON97 Turun 8 Sen, Diesel Turun 10 Sen Tengah Malam Ini


Harga petrol turun sebanyak 8 sen seliter bagi RON95 dan menjadikan harga runcitnya sekarang menjadi RM1.30 untuk seliter, dan harga bagi petrol RON97 juga turun dengan jumlah yang sama iait u sebanyak 8 sen seliter dan menjadikan harga runcit bagi RON97 menjadi RM1.60 untuk seliter. Harga yang dinyatakan ini akan berkuatkuasa pada tengah malam ini hingga 10 April nanti.

Harga runcit bagi diesel juga dikatakan turun sebanyak 10 sen untuk seliter dan menjadikan harga runcit bagi diesel menjadi RM1.58 seliter yang dikatakan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini menurut laporan Sinar Harian. Katanya juga, penurunan harga runcit petrol disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang menurun sekarang ini disebabkan dengan ketidaktentuan ekonomi global akibat wabak covid-19.

Kerajaan juga dikatakan akan terus memantau dan mengambil langkah untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus terpelihara.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca harga runcit minyak mentah minggu ini di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 03 April 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...