Pelakon Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri berusia 55 tahun memuatnaik satu posting baru-baru ini di Twitternya, @real_usopwilcha mengulas mengenai pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang ingin menghapuskan tulisan dan bahasa Cina.
Menerusi entri tersebut, pelakon Hantu Kak Limah itu meminta izin kepada pihak polis untuk meludah di muka dan menghumban pendakwah bebas itu ke dalam sungai. Fuh, berani betul tindakan Usop kan? Sebelum ini, Alvin Chong pun rasa kesal bila tengok kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Abu Syafiq ni.
Kepada @PDRMsia, minta maaf kalau teman nak tanya dan minta pendapat. Boleh tak andai kata teman jumpa makhluk dalam gambor ni, teman ludoh kat muka dia dan lempor kat sungei. Kalau tak boleh tak apa, teman tanya je dulu. Udoh makin ramai sangat individu buat kenyataan secara terbuka macam ni.
Kpd @PDRMsia, minta maap kalau teman nak tanya n mintak pendapat.. Bley tak andai kata teman jumpa Makhluk dlm gambor ni, teman ludoh kat muka dia & lempor kat sungei.— Usop Wilcha a.k.a Um (@real_usopwilcha) April 28, 2020
Kalau xbley takpe, teman tanya je dulu
Udoh makin ramai sgt individu buat kenyataan secara terbuka Mcm ni. pic.twitter.com/9VrU2QBhN2
Apa pendapat korang? Menurut tinjauan Ohmedia di laman Twitter mengenai video itu, ramai pengguna berasa tidak puas hati sehingga mendapat kecaman bagi menghapuskan tulisan dan bahasa Cina di Malaysia.
OHMEDIA: APA LAH REAKSI USTAZ TU KAN BILA USOP CAKAP MACAM NI. HUHU.
Sumber: Twitter
+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media