Ali Puteh Rindu Anak Arwah Abam, Hanya Mampu Lihat Syed Uthman Di Media Sosial


Sudah lama kita mendengar berita mengenai Ali Puteh dan isteri arwah Abam yang sebelum ini hangat apabila timbul dakwaan keatas Ali ingin membolot harta peninggalan arwah Abam. Semenjak itu, Ali mengakui hubungan kekeluargaan kedua-dua telah terputus.

Ali menjelaskan bahawa dia ingin bersemuka dan menjernihkan semula keadaan, namun niatnya terhalang apabila peluangnya untuk berbuat demikian terbantut, termasuklah menerusi media sosial kerana disekat. Namun dia enggan menyalahkan mana-mana pihak.

Tambah beliau, jauh disudut hatinya dia merindui utnuk melihat satu-satunya zuriat yag ditinggalkan oleh arwah abangnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah menjangkau usia 10 bulan. Sebagai bapa saudara, Ali mengharapkan anak abangnya itu membesar dengan sempurna.

Sumber gambar dari Google
Ali mendedahkan beliau berniat untuk bertemu dengan isteri arwah bagi menjernihkan kembali keadaan serta mengubati kerinduan keluarga Ali kepada anak arwah abangnya itu setelah tamat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kelak.

Buat masa ini, beliau hanya dapat melihat anak buahnya itu melalui media sosial milik bekas pemandu arwah Abam.


OHMEDIA: BULAN MULIA INI ELOKLAH KELUARGA ALI DAN DAN KELUARGA ISTERI ARWAH JERNIHKAN KEMBALI KEADAAN MEMANDANG SEMUANYA HANYA SALAH FAHAM.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Ali Puteh rindu anak arwah abam, hanya mampu lihat Syed Uthman di media sosial di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media