--> Skip to main content

Hantu Durian Tengah Sedap Layan Raja Buah Kena Kompaun Langgar SOP


Ohmedia pun hantu durian juga gais! Tapi apa salahnya kita pilih buah, bayar dan bawa balik makan dekat rumah di saat pandemik bahaya ni. Kalau sebelum ni orang hobi mancing kena kompaun, hari ini seramai 22 orang yang merupakan peminat durian pula telah dikompaun di Sungai Pinang, Balik Pulau.

Situasi ini dikesan pihak polis ketika sedangn melakukan rondaan dan mendapati orang ramai sedang berkumpul untuk menikmati buah durian di bawah satu bumbung.


Disebabkan itu, kesemua pelanggan telah di kompaun termasuk pemilik tapak jualan kerana melanggar SOP PKPB.

Anggota yang bertugas kemudian memperkenalkan diri dan meminta kesemua individu itu menunjukkan kad pengenalan diri.. Mereka dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) kerana duduk berkumpul. Daripada kesemua yang dikenakan kompaun, dua daripadanya adalah wanita. - Kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan.

OHMEDIA: PERLU DIINGATKAN PKPB HANYA TAMAT PADA 6 JUN 2020 INI DAN JIKA SELEPAS INI LEBIH BANYAK KELONGGARAN DIBERIKAN KERAJAAN, KITA MASIH TETAP PERLU MENJAGA NORMA BAHARU YANG KITA AMALKAN SELAMA INI.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang juga hantu Durian di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 31 May 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...