--> Skip to main content

Hanya 8 Orang Urus Jenazah Di Kubur, 20 Individu Dibenarkan Menziarahi Dalam Satu Masa


Prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jenazah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini akan diguna pakai sepanjang tempoh PKPB berkuat kuasa. Ia bermakna, hanya 8 individu saja yang dibenarkan untuk mengurus jenazah di tanah perkuburan termasuklah dari kalangan pegawai masjid, ahli keluarga waris ataupun ahli jawatankuasa surau.

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) berkata semua yang menguruskan jenazah perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Mereka juga perlu memakai face mask, mengamalkan penjarakkan social, membasuh tangan agar sentiasa dalam keadaan yang bersih dan gunakan cecair pembasmi kuman.

Kepada yang ingin menziarahi tanah perkuburan pula, JAWI telah menetapkan supaya mengekalkan jarak 1 meter antara satu sama lain dan dalam satu masa tu hanya boleh ada 20 individu sahaja untuk mengelakkan orang ramai berkumpul disitu. Kerajaan telah bagi kelonggaran kepada kita, jadi diharapkan agar semua dapat patuhi dan tidak melanggar apa yang telah diperintahkan ya gais.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca hanya 8 orang dibenarkan urus jenazah di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 11 May 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...