Lebih 3,500 PATI Sudah Dibersihkan Di Pasar Borong KL


Isu yang boleh dikatakan hangat dibincangkan oleh semua rakyat Malaysia pada ketika ini selain daripada wabak Covid-19 adalah mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI). Sekarang pihak kerajaan sudah mengambil peluang ini untuk membersihkan semua PATI yang ada di Kuala Lumpur.

Setakat ini lebih 3,500 PATI yang sebelum ini bebas bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang telah berjaya dihapuskan semuanya.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr JP Santhara Kumar yang melihat ini merupakan kejayaan terbesar kementerian di bawah PN.

Sebelum ini, ramai orang ditakutkan bahawa pasar borong tidak akan bergerak jika tiada pekerja asing, namun kini ternyata premis itu masih mampu beroperasi tanpa kehadiran golongan terbabit. Setakat ini, kita dimaklumkan seramai 1,500 rakyat tempatan bekerja di situ menggantikan posisi yang sebelum ini dimonopoli warga asing dengan pendapatan dari RM2,000 hingga RM2,400 sebulan bersama elaun tertentu. - Katanya kepada Berita Harian.

Selepas semua tindakan diambil untuk membersihkan kawasan ini dari PATI, apa yang penting adalah untuk mengelakkan dari perkara ini berulang kembali. Dengan itu, antara kaedah yang boleh dilakukan adalah dengan memasang CCTV di pintu masuk dan tapak pasar borong bagi memudahkan pemantauan dilakukan pihak berkuasa.

Mungkin ada lagi kaedah yang boleh kita gunakan untuk memastikan negara kita bebas dari PATI. Apa pandangan korang?

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti isu PATI di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media