Samsung dikatakan akan melancarkan satu lagi Siri A pada penghujung bulan ini, iaitu Samsung Galaxy A21. Sebelum ini khabar angin mengatakan peranti ini akan hadir dengan chipset Exynos 850 dengan 15W fast charging, tapi sejauh mana kebenarannya?
Dikatakan peranti ini akan dilengkapi dengan Exynos 850 yang kelajuannya boleh pergi sehingga 2.0GHz dimana dikombinasikan dengan 3GB RAM. Berdasarkan latest leak, Galaxy A21 akan disokong dengan quad-camera.
Dari segi spec kamera berkenaan, ia hadir dengan 28MP dengan f/2.0 sebagai kamera utama, 8MP untuk sudut lebar, dua kamera lagi dilengkapi dengan 2MP dengan sensor yang tidak diketahui. Untuk kamera hadapan pula, ia hadir dengan 13MP, punch-hole pada skrin.
Sumber gambar dari Technave |
Selain itu, Samsung Galaxy A21 juga dijangka hadir dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh yang menyokong 18W pengecasan pantas. Dikatakan juga harga untuk peranti ini dijual sekitar RM1,000.
OHMEDIA: MEMANDNGKAN IA HANYALAH JANGKAAN, SAMA-SAMA KITA TUNGGU KEBENARAN SPEK KHABAR ANGIN NI.
Sumber: Technave
+Baca respon pembaca bakal lancar Samsung Siri A hujung bulan ini di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media