(Video) Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal Timang Anak Perempuan


Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz memuatnaik satu posting semalam di Instagramnya, @iamaliffaziz mendedahkan jantina anak keduanya bersama Bella Astillah. Apa yang lebih menarik, mereka akan mendapat baby girl pada bulan Julai depan gais!

Alhamdulillah, tahniah Ohmedia ucapkan kepada pasangan ini. Wah, seronoklah Ayden dapat adik perempuan tak lama lagi! Kalau korang nak tahu, Mohamad Ayden Adrean merupakan anak sulung kepada Aliff dan Bella yang kini berusia tiga tahun.

Alhamdulillah for this blessing of a suprise today. It's a GIRL! Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga. Thank you to mummy @bellaastillah for being strong through these tough times and also to baby boy @aydenadrean17 congratulations buddy, you'll be a big brother soon! May all go smooth and i see you two (and the new addition) soon insyaallah.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik-baik untuk pasangan ini. Sebelum ini, Bella mendedahkan bahawa dia dan Aliff sudah rujuk semula selepas bercerai talak satu pada bulan Mei tahun lepas.

OHMEDIA: TAK SABAR NAK TENGOK BABY GIRL DIORANG!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media