--> Skip to main content

Pelakon Twilight Meninggal Dunia


Seorang pelakon filem Twilight (2008) yang dikenali sebagai Gregory Tyree Boyce bersama kekasihnya, Natalie Adepoju ditemui meninggal dunia di sebuah kondominium yang terletak di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Gregory Tyree Boyce dan kekasihnya, Natalie Adepoju

Kalau korang nak tahu, dua individu tersebut ditemui pada 13 Mei lalu dan punca kematian mereka masih belum diketahui walaupun polis menemukan serbuk putih dalam sekeping piring berserta straw dan kad plastik.

Boyce yang memegang watak sebagai Tyler Crowley dalam filem tersebut disedari oleh sepupunya apabila dia tidak berada di Los Angeles.

Pihak polis juga telah mengesahkan bahawa kematian mereka adalah bukan kejadian jenayah dan masih menunggu laporan toksikologi. Untuk pengetahuan korang, Boyce yang berusia 30 tahun itu meninggalkan seorang cahaya mata perempuan.

OHMEDIA: TAKZIAH KEPADA KELUARGA BOYCE.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca ucap takziah di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...