Perompak Ini Bukan Salah!


Macam-macam hal dunia sekarang ni. Siapa sangka wajah seorang pemain dan penyerang berbisa Liverpool iaitu Mohamed Salah dijadikan sebagai topeng untuk melakukan rompakan.

Ini berlaku di sebuah kedai di Jalan Hassanein Heikal, di Nasr City Mesir apabila sekumpulan perompak yang terdiri daripada 4 orang lelaki telah menggunakan topeng yang menyerupai wajah Mohamed Salah untuk menutup muka mereka.

Selepas merompak, nasib mereka kurang bernasib baik apabila berjaya diberkas pihak berkuasa.

Macam mana agaknya diorang ni boleh terfikir menggunakan muka Salah ya? Bukan ke ia akan lebih menarik perhatian ramai orang sehingga menyebabkan orang dapat mengagak niat jahat mereka.

Hasil pencarian Ohmedia, topeng Mohamed Salah sebelum ini pernah dijual di Amazon.com.

Apa-apapun, janganlah pula ada orang Malaysia yang sanggup menggunakan wajah pemain bola sepak negara semata-mata untuk melakukan kerja jahat.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geli hati dengan topeng Salah ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media