Singgah Sahur Rai 60 'Pak Guard'


Mohd Shafizi (kanan).
 Oleh : Izzat Al-Qushairi

SETIU,15 Mei - Program singgah sahur yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit semalam meraikan 60 pengawal keselamatan atau 'Pak Guard' yang bersengkang mata menjaga keselamatan.

Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, antara destinasi yang dikunjungi adalah sekolah, kawasan tangki air, kuari, Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

 "Jika sebelum ini, edaran pek makanan sahur diagihkan kepada petugas dan anggota di balai polis dan balai bomba, namun pada kali ini sedikit kelainan dibuat dengan meraikan mereka yang bertugas di belakang tabir dalam menjaga keselamatan syarikat dan masyarakat.

"Ini merupakan kali keenam kami mengagihkan juadah sahur dan berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar hubungan di antara pemimpin DUN dengan penjaga keselamatan di sini dapat dieratkan lagi," katanya kepada media.


Program turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS DUN Batu Rakit, Mohd Khairul Nizam Mohd Rozali dan Timbalannya, Hadiyallah Alias@Manaf.


Sementara itu, Shafizi berkata, program itu adalah salah satu tanggungjawab Pusat Khidmat Masyarakat DUN berkenaan untuk menjaga kebajikan rakyat setempat.

"Semoga sedikit usaha ini juga mampu memberi kemudahan kepada mereka untuk bersahur.

"Kita bantu sekadar yang termampu agar semua yang berada di Batu Rakit dapat berpuasa dengan baik," tambah beliau.





Sumber: teganukita.net