PU Riz Akui Pernah Tanam Rambut Pada Tahun Lepas!


Pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz berusia 25 tahun mendedahkan bahawa dia pernah menjalani rawatan menanam rambut pada bulan Oktober tahun lepas kerana mengalami masalah keguguran yang serius di bahagian kepalanya.

Menurut laporan Astro Gempak, dia menanam semula di bahagian hadapan dengan menggunakan sebanyak 2,000 helai rambut yang diambil pada bahagian belakang kepalanya. Fuh, banyak tu gais!

Malulah kalau umur 25 tahun rambut tengah dah hilang. Jadi kita ambil kelebihan teknologi yang ada kita untuk memperbaiki dan memelihara kesucian yang Allah berikan kepada kita. Boleh untuk tanam rambut, tak berdosa tapi jangan ubah apa yang Allah beri kepada kita. Setiap orang pengalaman berbeza-beza. Bagi saya rawatan ini sakit terutama ketika proses mencabut rambut asal di bahagian belakang kepala. Saya pula cuba elakkan ubat bius terlalu banyak sebab tidak mahu muka bengkak selepas rawatan itu. Alhamdulillah, hasil yang diperolehi pun sangat memuaskan hati. Bukannya haram tanam rambut sebaliknya menyambung rambut itu yang haram. Kalau kita berjumpa orang lebih pakar dan kita ikut nasihatnya, tiada masalah. Cuma kalau kita menambah perkara tak perlu itu ada kemusykilan dan sepatutnya tak bolehlah. Kalau ada masalah rambut berjumpalah pakar sebab pastinya kita mahukan rambut yang sihat dan segar.

Sebenarnya tak haram dan dosa pun kalau nak tanam rambut dengan menggunakan rambut sendiri tetapi yang haramnya adalah apabila korang menyambung rambut seperti extension. Jadi, kalau korang ada masalah rambut bolehlah jumpa pakar okay.

OHMEDIA: WAH! RASA LEBIH YAKIN LAH BILA JUMPA DENGAN ORANG NANTI.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.







Sumber: Oh! Media