--> Skip to main content

Vokalis Kumpulan K-Pop Top Secret, Yohan Meninggal Dunia


Hari ini, peminat K-Pop seluruh dunia dikejutkan lagi dengan berita kematian bintang K-Pop iaitu Yohan yang bersama kumpulan TST atau lebih dikenali dengan nama Top Secret.

Berita kematian mengejut Yohon ini diketahui pada Selasa (16 Jun 2020) dan punca kematiannya masih tidak dikongsikan.

Kematian Yohan yang berumur 28 tahun itu turut dikongsikan agensi mereka dari KJ Music Entertainment yang juga terkejut dan bersedih dengan apa yang berlaku.

Hai, ini adalah KJ Music Entertainment. Kami berasa sedih untuk menyampaikan berita yang menyedihkan ini. Pada 16 Jun, ahli TST, Yohan telah meninggal dunia. Keluarga mendiang Yohan kini sedang berkabung. Mereka merayu agar pihak media tidak menulis sebarang berita yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang punca kematiannya. Kami mengucapkan takziah atas pemergian Yohan. - Tulis kenyataan itu.

Peminat juga mendakwa sebelum berita kematian ini tersebar, Yohan masih aktif di Instagram tanpa sebarang masalah dan nampak sihat. Hasil dari pemerhatian Ohmedia, posting terakhirnya di Instagram adalah pada 31 May 2020 yang lalu.



A post shared by 김요한 (@yohanee0416) on

Kredit: Koreaboo

+ Baca respon pembaca yang meminati Yohan di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 17 June 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...