PH Cadang Umum Calon Perdana Menteri Selepas Dapat Persetujuan Dari Sekutu


Macam dah lama pula Ohmedia rasa kita tak cerita tentang politik Malaysia. Sekarang Ohmedia petik laporan Berita Harian yang mengatakan Pakatan Harapan (PH) terpaksa menangguhkan dahulu hasrat untuk mengumumkan calon Perdana Menteri mereka.

Sebelum ini, PH mendakwa akan mengumumkan satu nama yang telah dipersetujui oleh semua ahli.

Penangguhan ini disahkan oleh Datuk Seri Anwar yang mendakwa mereka perlu merujuk keputusan itu kepada sekutu lain dari Parti Warisan Sabah dan dari kumpulan BERSATU bagi kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi kita perubahan itu mendesak dan harus disegerakan tetapi janganlah hingga mengorbankan prinsip utuh iaitu perubahan ini mesti dengan maksud kepedulian terhadap masalah rakyat. Mesti dengan kesedaran bahawa perubahan ini akan membawa perubahan dalam negara, memberi keyakinan kepada pelabur dan menjana pertumbuhan ekonomi. Ini menjadi persoalan pokok dalam PH, sebab itu kita mohon maaf dan perlu menangguhkan pengumuman mengenai pimpinan bakal menerajui negara. - Katanya.

Apa pula pandangan korang? Adakah di saat negara masih bertarung dengan wabak Covid-19 menjadi masa yang sesuai untuk semua masalah politik ini?

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikut perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media