--> Skip to main content

Buat Bising & Berlumba! Kumpulan Konvoi Motosikal Atau Kereta Tak Dibenar Naik Genting


Jom konvoi naik Genting! Ajakan dari member macam ni mesti pernah berlaku dekat diri korang dan selalunya terus set time ramai-ramai naik Genting Highland sama ada naik motosikal mahupun kereta.

Tapi ada maklumat mengatakan yang sekarang kita sudah tidak dibenarkan lagi naik ke Genting dalam keadaan berkonvoi. Betul ke?

Perkara ini dapat dilihat dari satu posting di Twitter di mana seorang anggota polis bantuan menyatakan pihak pengurusan tidak lagi membenarkan mana-mana kumpulan kereta mahupun motosikal yang berkonvoi untuk menaiki puncak gunung Genting.


Keputusan ini diambil pihak pengurusan disebabkan ada kumpulan konvoi yang telah membuat kecoh apabila berada di atas. Antara kesalahan yang dilakukan adalah membuat bising dengan kenderaan mereka, berkumpul di tempat sehingga menyusahkan pengunjung lain dan tidak mematuhi SOP.

Arahan ini juga tidak pasti akan dilakukan sehingga bila dan akan diberitahu kelak dan ia bermula sejak 25 Jun lalu lagi.

Ohmedia paling bengang bila ada antara mereka yang menjadikan laluan mendaki Genting itu sebagai tempat berlumba siapa yang sampai dahulu ke puncak. Diharapkan agar apa yang berlaku ini dapat membuka mata mereka supaya tidak mementingkan diri dan lakukan aktiviti berkonvoi ini dengan berkhemah.

Kredit: Twitter @RimauXI



+ Baca respon pembaca yang rancang konvoi naik Genting di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 07 July 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...