Xiaomi Keluarkan Smart Toilet Premium, Boleh Laras Ketinggian Secara Automatik


Xiaomi sekali lagi kejutkan dunia dengan pelancaran set mangkuk tandas pintar mereka yang dipanggil Jenner XS Fully Automatic Flip Integrated Smart Toilet guys. Pergh! Xiaomi ni memang taknak duduk diam, mesti ada jer robot baru yang mereka keluarkan dan akan memudahkan kita. Kalau masuk Malasyia rasanya ramai tak yang nak beli?


Kalau korang nak tahu, smart toilet dari Xiaomi ni mempunyai sistem yang boleh laras mengikut keselesaan korang sama ada nak dalam keadaan yang tinggi ataupun rendah secara automatik jer guys. Kalau korang rasa yang automatik tu masih tak ngam, boleh adjust cara manual.


Bila korang dah dekat dengan mangkuk tandas tu nanti, penutup Jenner XS akan terangkat sendiri. Pergh! Siap ada sistem paip air yang ada pilihan buih tau. Smart Toilet dari Xiaomi ni didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu putih, pink, hijau, oren dan hitam.

Kredit: Xiaomi Youpin

+ Baca respon pembaca Smart toilet dari Xiaomi di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media