--> Skip to main content

Hukum Mengejutkan Orang Tidur Untuk Menunaikan Solat

SOALAN 


Ohmedia pasti ramai antara korang yang sentiasa bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh. Jadi, adakah wajib kita mengejutkan orang lain yang sedang tidur untuk bangun menunaikan solat pada waktu tersebut?

JAWAPAN 


Berkata setengah ulamak membangunkan orang yang tidur kerana mengerjakan solat yang sunat itu sunat hukumnya dan membangunkan orang yang tidur kerana mengerjakan solat yang fardu itu wajib hukumnya apabila tidak ada orang lain selainnnya dan waktu solat telah masuk.

Ada pun jika belum masuk waktu solat yang fardu maka tidak wajib membangunkannya.

Berkata Imam As-Suyuthi :

وَأَمَّا إيقَاظُ النَّائِمِ الَّذِي لَمْ يُصَلِّ، فَالْأَوَّلُ وَهُوَ الَّذِي نَامَ بَعْدَ الْوُجُوبِ يَجِبُ إيقَاظُهُ مِنْ بَابِ النَّهْي عَنْ الْمُنْكَرِ. وَأَمَّا الَّذِي نَامَ قَبْلَ الْوَقْتِ فَلَا، لِأَنَّ التَّكْلِيفَ لَمْ يَتَعَلَّقْ بِهِ، لَكِنْ إذَا لَمْ يُخْشَ عَلَيْهِ ضَرَرٌ فَالْأَوْلَى إيقَاظُهُ لِيَنَالَ الصَّلَاةَ فِي الْوَقْتِ


Artinya : “Dan ada pun membangunkan orang yang tidur yang belum solat maka jika telah masuk waktu maka wajib hukumnya kerana masuk dalam bab mencegah kemunkaran. Dan ada pun yang sedang tidur dan waktu belum masuk maka tidak wajib membangunkannya kerana sungguhnya taklif syarak tidak berlaku atasnya. Akan tetapi apabila dikhuatiri atasnya mudarat seperti terlajak maka yang lebih utama ialah membangunkannya supaya mendapat ia akan sembahyang di dalam waktu." (Kitab Asybah Wa An-Nazha'ir)


Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus 

+ Baca respon pembaca hukum mengejutkan orang tidur untuk menunaikan solat di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...