--> Skip to main content

Ribuan Penyokong Najib Masih Menanti Keputusan Akhir Kes RM42 Juta SRC


Hari ini, tibalah waktunya bagi menentukan nasib Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak samaada bersalah atau tidak atau dibebaskan bagi tujuh pertuduhan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana sebanyak RM42 juta milik SRC.

Sebentar tadi juga, media melaporkan Najib telah tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dangan ratusan penyokong menyambutnya pada 9.34 minit pagi tadi.

Turut bersama-sama memberikan sokongan kepada Najib adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bagaimanapun hanya beberapa media sahaja dibenarkan masuk ke dalam Mahkamah dan kita masih menantikan keputusan kes ini yang dijangka akan berakhir beberapa jam sahaja lagi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes Najib di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 28 July 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...