--> Skip to main content

Kejam! Lelaki Ini Bunuh Tiga Kucing Dalam Mesin Basuh Akhirnya Ditangkap


Tergamak sungguh lelaki ini membunuh haiwan kesayangan Nabi Muhammad dekat dalam mesin dobi. Kejadian ini telah berlaku di Kepong, Kuala Lumpur jam 9.30 pagi pada hari ahad.

Kalau korang nak tahu, ini adalah kejadian kedua kes pembunuhan di dalam mesin basuh yang melibatkan tiga ekor kucing. Walaubagaimanapaun, suspek akan disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan hukuman penjara maksimum 4 tahun dan denda maksimum RM100,000.


Lagi kes kucing dibunuh dengan cara dimasukkan dalam mesin dobi. Kejadian berlaku di Kepong, Kuala Lumpur. Kali ini melibatkan 3 ekor kucing. Ini kejadian kedua pembunuhan melibatkan mesin dobi. Saksi yang mendakwa lihat kejadian dan pemilik kedai dobi yang memiliki rakaman cctv digesa sama-sama laporkan kejadian kepada pihak polis dan seterusnya panjangkan laporan ke pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

Saksi kejadian diminta menyimpan tubuh kucing yang mati sehingga Unit Regulatori DVS datang buat siasatan di tempat kejadian. Pembuktian ini amat penting untuk kes yang kukuh dan pendakwaan. Animal Malaysia mahu kes ini disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Hukuman penjara maksimum 3 tahun dan denda maksimum RM100,000.00 menanti pelaku di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.


Ohmedia pun ada dengar khabar angin bahawa suspek sudahpun ditangkap atas perbuatannya yang kejam tu. Semoga pelaku tersebut dapat hukuman yang sewajarnya dan rasa insaf.


OHMEDIA: KESIAN KUCING TU. HMM.

Kredit: Facebook

+ Bsca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...