Kerap Mengalami Stres? Amalkan 5 Makanan Ini


Sebagai manusia biasa, kita pasti pernah mengalami masalah stres pada waktu yang tidak menentu. Kesannya pasti akan mengganggu emosi,fizikal dan mental seseorang. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 makanan yang boleh diambil untuk mengubati masalah stres.

Coklat


Siapa sahaja antara kita yang tidak suka makan coklat, bahkan ia menjadi makanan kegilaan kanak-kanak yang masih kecil. Walaubagaimanapun, tidak semua tahu bahawa coklat mampu memberi kita tenaga dan membuatkan kita berasa tenang. Justeru itu, coklat sangat sesuai diambil kepada sesiapa yang sedang mengalami stres. 


Yogurt


Semasa korang sedang mengalami stres, perkara mudah yang perlu korang lakukan untuk menghilangkan stres tersebut adalah membeli yogurt di kedai serbaneka berhampiran. Hal ini disebabkan yogurt mampu untuk mengurangkan masalah stres yang sedang dialami.

Teh


Ohmedia nak suggest dekat korang supaya mengambil teh pada setiap pagi sebelum pergi kerja kerana teh mampu untuk membuatkan korang menjadi tenang. Jadi, buat korang yang kerap mengalami stres, rajinkan diri untuk minum teh selalu kerana ia mampu untuk menghilangkan stres tersebut. 


Ikan Salmon


Boleh dikatakan Ikan Salmon harganya sedikit mahal berbanding ikan-ikan yang lain. Namun khasiat yang terdapat pada kandungannya mampu melawan diri korang yang sedang mengalami stres kerana ia mempunyai omega-3 dan baik untuk tubuh badan. 

Pisang 


Kepada sesiapa yang kerap makan pisang pasti tahu bahawa ia mempunyai vitamin yang baik untuk darah kita. Selain itu, pisang juga mengandungi protein yang diubah menjadi serotonin untuk memastikan tubuh berada dalam keadaan tenang. 

OHMEDIA: SEMOGA TIPS INI MEMBERI MANFAAT KEPADA KORANG YANG KERAP MENGALAMI STRES

Kredit: Maskulin

+ Baca respon pembaca kerap mengalami stres? amalkan 5 makanan ini di Facebook Oh! Media







Sumber: Oh! Media