Mariano Diaz Positif Covid-19



Juara La Liga, Real Madrid dikejutkan dengan satu berita yang kurang baik apabila seorang pemainya Mariano Diaz dilaporkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian bersama pemain skuad utama yang lain.


Justeru itu, Mariano yang kini berusia 26 tahun dan bermain di posisi penyerang tidak akan menyertai kem latihan Real Madrid yang sedang melakukan persiapan menjelang perlawanan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah awal bulan depan.


Untuk pengetahuan korang, Mariano jarang diturunkan sebagai pemain utama walaupun beraksi dengan baik ketika bersama Lyon sebelum ini. Beliau hanya dimasukkan sebanyak 5 kali selaku pemain gantian dan berjaya menjaringkan gol ketika Real Madrid menewaskan Barcelona 2-0.

OHMEDIA: SEMOGA MARIANO CEPAT SEMBUH DARI COVID-19 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Mariano Diaz Positif Covid-19 di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media