(Video) Dua Lelaki Gagal Ragut, Warga Emas Bertindak Hayun Helmet & Kejar


Baru-baru ini, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapat perhatian menunjukkan seorang warga emas melawan peragut yang cuba mencuri telefon bimbit di depan rumahnya. Kalau nak tengok video, boleh tonton dekat bawah ni okay.


Menurut laporan Daily Mail, kejadian ini telah berlaku pada hari Ahad lalu di Colombia yang menunjukkan dua suspek menaiki motosikal dan berhenti di depan mangsa yang sedang berehat di atas kerusi sambil melayari telefonnya.


Walaubagaimanapun, tindakan salah seorang suspek itu gagal kerana warga emas tersebut bertindak balas dengan merampas topi keledar yang dipakaikan oleh suspek lalu menghayunkannya sehingga suspek melarikan diri.


Haa, tulah. Cari pasal lagi dengan orang yang salah. Terbaiklah, makcik! Berani betul dia melawan balik peragut tu. Kalau Ohmedia, rasanya-rasanya telefon tu dah kena ambil kot.

OHMEDIA: PADAN MUKA PERAGUT TU. KAH!

Kredit: Daily Mail

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media