--> Skip to main content

Najib Dijatuhkan Hukuman Penjara 12 Tahun & Denda RM210 Juta


Sebentar tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Jika gagal bayar denda itu, boleh dipenjarakan lima tahun. Bagi tiga pertuduhan pecah amanah, hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan. Manakala bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram pula, penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun semua hukuman ini berjalan serentak. - Kata Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V.Sithambaram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.

Jadi sekarang, kem Najib sedang mengemukakan rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes Najib di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...