Malaysia pada waktu ini berada pada tahap pemulihan selepas selama beberapa bulan terpaksa perlahankan ekonomi akibat wabak pandemik Covid-19 yang memaksa kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Antara negeri yang telah mengumumkan usaha menaikkan ekonomi negeri adalah Selangor yang memperuntukkan RM413.9 juta melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin.
Antara bantuan disalurkan adalah insentif dan bantuan makanan kepada petugas kesihatan di hospital seluruh Selangor, anak Selangor yang menuntut di sekitar Lembah Klang, Sabah dan Sarawak, termasuk pelajar kita yang terkandas di Mesir. Kita turut memberi pengecualian sewa kepada penjaja dan peniaga kecil, penangguhan pembayaran balik pinjaman sebanyak tiga bulan bagi peminjam Hijrah (Skim Pinjaman Mikro Kredit Hijrah Selangor) serta penyewa Skim Smart Sewa, selain pelbagai bantuan lagi. - Kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Untuk pengetahuan korang, ini adalah peruntukan fasa ketiga yang diumumkan negeri Selangor selepas pada 20 Mac lalu memperuntukkan RM127.8 juta dan RM272.5 juta pada 1 April lalu.
Diharapkan agar semua usaha ini dapat dilakukan dengan baik dan apa yang penting bantuan ini sampai terus kepada rakyat.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca yang duduk di Selangor di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media