Remaja Ini Lumpuh Bahagian Tangan Akibat Main Game Tanpa Henti!


Rasanya bukan pertama kali kes-kes serupa ini terjadi. Sebelum ini ada yang lebih teruk, bahkan ada yang menemui ajal. Baru-baru ini telah berlaku di China, lebih tepatnya di Nanjing, di mana seorang remaja diserang strok akibat bermain computer game tanape henti selama 2 jam sehari.

Kisahnya, remaja berkenaan dikejarkan ke hospital di wilayah Guangxi di selatan China setelah ibunya mendapati remaja berkenaan tiba-tiba pengsan. Setelah menerima dan sedar, remaja berkenaan mendapati bahawa dia tidak lagi dapat menggerakkan tangan dan lengan kirinya. Selepas penelitian dan pemeriksaan yang dilakukan, doktor mengesahkan bahawa remaja berkenaan diserang strok.

Sumber gambar dari DailyMail.co.uk
Berdasarkan info, remaja berkenaan menjadi ketagih bermain computer game ketika sekolahnya ditutup selama sebulan akibat COVID-19. Ibunya menjelaskan bahawa, anaknya itu mendakwa dia sering mengikuti kelas online dan tidak pernah mengadu tidak cukup tidur meskipun tidur selama 2 jam sehari.

Dipetik dari Pertubuhan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), strok adalah keadaan di mana kurangnya darah yang membawa oksigen ke otak sehingga menyebabkan kematian otak. Kebiasaannya strok ini menyerang mereka yang mempunyai kolestrol dan tekanan darah tinggi akibat salur darah yang tersumbat.



OHMEDIA: ITU PENTINGNYA AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT. MESKIPUN JARANG UNTUK BERSENAM, PERKARA YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK KEKAL SIHAT ADALAH MENGAMALKAN PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca mengenai remaja lumpuh dibahagian tangan di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media