Najib Kembali Ke Mahkamah Tinggi Untuk 21 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram 1MDB Pula


Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Najib Razak sudah didapati bersalah dalam tujuh pertuduhan melibatkan kesalahan penyelewengan dana RM42 juta SRC. Najib sudah membayar ikat jamin sebanyak RM2 juta sementara menanti keputusan rayuan selepas dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Walaupun begitu, hari ini Najib Razak sekali lagi terpaksa hadir ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan kes melibatkan 1MDB pula yang membabitkan RM2.3 bilion.

Prosiding hari ini adalah sambungan dari keterangan yang dilakukan pada 23 September tahun lalu dan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed meneruskan soal balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Wan Aizuddin memaklumkan mahkamah bahawa peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan soalan balas terhadap saksi itu esok.

Untuk kes 1MDB, Najib Razak dituduh memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram juga sebanyak RM2.3 bilion.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan kes Najib di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media