Seorang Buat Masalah, Lebih 7,000 Penduduk Terpaksa Lalui PKPD Semula


Perkembangan terbaru Covid-19 di negara kita hari ini adalah apabila ada kawasan yang akan dikenakan PKPD semula selepas pihak kesihatan mengesan kluster nasi kandar.

Ini berlaku apabila seorang individu telah melanggar perintah kuarantin di rumah dan dipercayai mengunjungi sebuah gerai nasi kandar di Kedah. Kesan dari seorang individu ini, 11 orang telah dikesan positif Covid-19 dan diletakkan sebagai Kluster Sivagangga.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dakan bermula hari ini sehingga 30 Ogos itu akan melibatkan lebih 7,000 penduduk sekitar bagi memudahkan pasukan petugas perubatan menyaring semua penduduk yang terbabit.

Mengambil kira 11 kes baharu yang berpunca daripada Kluster Sivagangga di Kedah yang membabitkan empat mukim, Kerajaan Negeri Kedah memohon untuk melaksanakan PKPD TEMCO. Pertama, satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu), Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu), Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap). Seramai 7,000 penduduk di kawasan berkenaan akan disaring secara swab test (ujian calitan). - Katanya.

Inilah yang akan berlaku jika ada seorang sahaja yang mengkhianati usaha kita selama ini. Harap jangan pentingkan diri dan terus bersama #KitaJagaKita. Harap perkara ini menjadi pengajaran agar ia tidak berlaku di tempat lain.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media