(Video) Hampir Kena Langgar, Makcik Bawa Tong Gas Naik Basikal Bikin Cemas!


Sebelum ni kita mungkin dah biasa melihat orang membawa tong gas disebabkan saiznya yang besar dan berat dengan menggunakan motosikal kan? Kali ni first time Ohmedia tengok orang membawanya dengan menaiki basikal jer. Tak percaya? Korang boleh tonton video dekat bawah ni.

Kau mampu ke bawak tong gas naik basikal. Kakak ni hati kering tau. Tengok sampai habis. Lampu merah pun dilanggar aku dok terjerit-jerit dalam kereta dengan adik aku.


Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Twitter yang dikenali sebagai Bang Bahi menunjukkan makcik sedang membawa tong gas dengan menaiki basikalnya. Menerusi video tersebut, makcik tu hampir dilanggar dengan sebuah kereta berwarna putih.

Fuh, nasib baik tak jadi apa-apa tau! Walaubagaimanapun, makcik tersebut juga melanggar lampu isyarat yang masih berwarna merah. Video yang berdurasi 19 saat itu telah mendapat perhatian warganet dengan 236 retweets dan 163 likes.

Apapun, jagalah keselamatan korang di atas jalan raya dan patuh lampu isyarat. Kalau kena langgar, kan dah menyusahkan orang lain sebab kesalahan sendiri. Siap bawa tong gas pula tu, tak pasal-pasal meletup nanti!


OHMEDIA: BAHAYA BETUL MAKCIK TU! TAK MAKAN SAMAN.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media