Sebelum ini kita dikhabarkan dengan berita mengenai adik Syukur atau dikenali sebagai Mogwli Malaysia yang kehilangan 'kawan baik', iaitu kerbau milik ayahnya Pak Khamis. Beliau mengakui bahawa sangat terasa dengan kehilangan 'kawan baiknya' itu.
Difahamkan sebanyak 56 ekor lembu dari 110 ekor milik Pak Khamis mati akibat wabak hawar berdarah. Menurut Pak Khamis, kejadian ini merupakan kejadian pertama berlaku keatas dirinya sejak menjadi penternak 50 tahun dahulu.
Namun adik Syukur yakin bahawa ada hikmah disebalik dugaan yang berlaku, yang membuatkannya lebih bersemangat dan beri kekuatan keatas diri agar lebih berusaha. Pak Khamis sebelum mahu menjalankan perternakan secara fidlot namun terbantut akibat COVID-19.
Sumber gambar dari Cyber Space and Time |
Meskipun tidak sempat berbuat demikian, beliau yakin bahawa adik Syukur mampu merealisasikan cita-citanya itu. Bercerita mengenai bidang penternakan, Pak Khamis mengakui pernah dihina kerana berbau busuk sebelum adik Syukur menjadi popular.
Tambah Pak Khamis, anak-anaknya yang lain semua pulang ke kampung setelah mendengar berita berkenaan dan memberi kata-kata semangat kepadanya agar tidak berputus asa. Bahkan ada diantara mereka sanggup berada dikandang sehingga pukul 1 pagi bagi memastikan kerbau-kerbau berkenaan sihat.
OHMEDIA: SEMOGA URUSAN ADIK SYUKOR DAN PAK KHAMIS DIPERMUDAHKAN SELEPAS INI.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca adik Syukur akui rasa kehilangan kawan baik di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media