SOALAN
Ohmedia yakin pasti ada antara kita yang hendak tahu tentang pengertian rezeki dan amalan yang membuatkan rezeki kita menjadi luas. Jadi, apakah jawapannya?
JAWAPAN
Rezeki itu artinya sekelian perkara yang memberi guna kepada manusia sama ada berupa harta benda atau pertolongan atau lainnya sekali pun ia adalah perkara yang haram dan samada memberi guna itu di dunia mahu pun di akhirat.
Berkata Syeikh Nawawi Bantan :
أَلرِّزْقُ لَايُخْتَصُّ بِالْمَأْكُوْلِ وَالْمَشْرُوْبِ بَلْ كُلُّ مَا إِنْتَفَعَ بِهِ الْحَيَوَانُ مِنْ مَأْكُوْلٍ وَمَشْرُوْبٍ وَمَلْبُوْسٍ وَغَيْرِهَا وَمِنْ أَعْظَمِ الرِّزْقِ التَّوْفَيْقُ لِلطَّاعَاتِ
Artinya : “Bermula rezeki itu tidaklah hanya tertentu kepada yang dimakan dan diminum sahaja bahkan sekelian barang yang diambil guna dengannya oleh haiwan dari yang dimakan dan yang diminum dan yang dipakai dan lainnya dan rezeki yang paling utama ialah rezeki diberikan kekuatan oleh Allah melakukan ketaatan.” (Kitab Syarah Masaail)
Firman Allah Taala :
وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ وَيَعْمَلْ صَالِحاً يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً قَدْ أَحْسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزْقاً
Artinya : “Dan siapa yang beriman ia dengan Allah dan melakukan amal soleh nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga-syurga yang mengalir sungai di bawahnya yang mereka itu kekal di dalamnya selamanya. Sungguhnya Allah telah membaikkan baginya akan rezeki. (At-Talaq : 11)
Firman Allah Taala :
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْووَى
Artinya : “Dan perintahlah akan keluargamu mengerjakan solat dan bersabar atas mengerjakannya. Kami tidak mintakan kamu rezeki bahkan Kamilah yang memberi rezeki akan kamu dan kesudahan yang baik itu bagi orang yang bertaqwa.” (Taha : 132)
Dan firman Allah :
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (١٢)
Artinya : “Maka kataku hendaklah kamu beristighfar memohon ampun akan Tuhan kamu sungguhnya dia sangatlah mengampunkan. Pasti Dia akan turunkan dari langit atas kamu sekelian akan hujan dan mengurniakan akan kamu sekelian dengan segala harta dan anak pinak dan menjadikan bagi kamu kebun-kebun dan sungai-sungai.” (Nuh : 10- 12)
Wallahua’lam
Kredit: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca respon pembaca amalan yang membuatkan rezeki kita bertambah luas di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media