--> Skip to main content

'Gila lah! Macam citer Final Destination!' - Pemandu lori nyaris maut ditusuk batang besi


Bagaikan nyawa di hujung tanduk, seorang pemandu lori Isuzu nyaris maut ditusuk besi ketika dalam perjalanan ke destinasi. 

Kejadian itu berlaku pada pagi Selasa (8/9/2020) di Jalan Pasir Gudang menghala ke Tampoi, Johor Bahru. 

Menurut sumber, batang besi tersebut terjatuh dari muatan lori dan dilanggar oleh kenderaan lain lalu tercampak dan menusuk cermin hadapan nyaris menusuk dada pemandu. 

Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan pemandu itu juga selamat. Tetapi sudah pasti kejadian itu membuatkan dirinya trauma seketika. 

"Kepada semua driver lori termasuk saya, tolong tutupkan kanvas betul-betul. Besi jatuh kat atas jalan dan kereta pijak besi tu melambung ke cermin lori saya. Nasib baik ada (hidup) lagi," kata Pidaus Dch, pemandu lori berkenaan. 






Di media sosial, netizen menganggap kejadian itu tidak ubah seperti filem bersiri Final Destination di mana watak-watak dalam filem itu semuanya mati dalam keadaan mengerikan. 







Sumber: Pidaus DchInfo Roadblock JPJ/POLIS

Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 09 September 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...