Tiga beradik nyaris kehilangan nyawa dipercayai akibat keracunan karbon monoksida selepas dibiarkan tidur dalam kereta dalam tempoh yang agak lama.
Menurut Madi Ismile yang berkongsi peristiwa itu Facebooknya berkata, ketiga-tiga kanak-kanak berusia bawah umur lima tahun itu tidur di dalam kereta dengan aircond dan turut ditemani oleh bapa mereka, sementara menunggu si ibu berurusan di dalam klinik.
Keadaan tiga beradik itu mula disedari oleh ibu bapanya lalu segera dibawa masuk ke bahagian kecemasan.
"YA ALLAH, kenapa ni?" aku teriak.
Seorang budak dibawa masuk ibunya ke dalam bilik rawatan dan kecemasan. Keadaannya lemah longlai, pucat dan tahap kesedarannya juga semakin merosot. Perlahan-lahan matanya tertutup, kadang-kadang kelopak matanya terbuka bila aku menepuk bahunya.
"Dik.. Dik... buka mata, jangan tidur. Kenapa ni?" mulut ini tak berhenti memanggil. Dalam hati, hanya Allah saja yang tahu perasaan takut, bimbang, berdebar dan semua perasaan bercampur baur.
Tepuk bahu sebab nak memastikan dia tidak tidur dan respond dengan sedikit kesakitan yang diberi. Terbuka matanya, kemudian tertutup kembali. Terpaksa tepuk sedikit kuat bagi memastikan dia tidak tidur dan sedar dengan keadaan sekeliling.
Rakan sekerja dah bantu beri rawatan. Rasa tak sedap hati, terus aku dukung budak itu ke katil zon merah. Masih lagi beri tepukan bahu, memanggil budak ini dengan nada kuat biar dia sedar.
Tanda vital diambil, berlari siapkan perlatan lain yang mungkin diperlukan.
Tidak lama selepas itu, si ayah pula dukung bawa masuk seorang lagi anaknya masuk ke bilik rawatan dan kecemasan. Disusuli dengan ibunya yang mendukung seorang lagi anak kecil ke ruang kecemasan. Jumlah tiga orang kesemuanya, semua di bawah usia lima tahun.
Keadaan bertukar cemas, ketiga-tiga anak mereka mengalami simptom yang sama. Lemah, lembik, pucat dan tahap kesedaran semakin merosot. Terkadang tercungap-cungap.
Pesakit yang seawal tadi aku tengok, aku tinggalkan begitu sahaja. Berharap dia faham yang kes kecemasan ini perlu diberi rawatan segera.
Keadaan di bilik kecemasan yang tenang tadi sekelip mata menjadi cemas. Aku berlari mendapatkan doktor di bilik terdekat.
"Doktor, ada tiga orang budak unconscious!
Berlari-lari ke bilik doktor lain untuk mendapatkan bantuan.
RED ALERT
Semua doktor datang membantu. Ibu dan ayahnya masih berada di situ. Beberapa persoalan latar belakangnya perlu diambil.
Sambil membuat prosedur, bermacam soalan aku tanya.
- Tadi anak akak buat apa?
- Ada jalan kemana-mana ke?
- Pagi tadi makan apa?
- Ada muntah? Cirit-birit?
- Ada main benda-benda pelik?
- Ada main bahan kimia apa-apa ke?
Satu persatu soalan ini ibu jawab. Kalut, blank sekejap. Tak tahu apa yang hendak ditanya, terkadang soalan yang sama aku tanya. Rileks sekajp, tarik nafas, hembus.
Branula dicucuk, anak sulung ini masih tidak beri respon kepada jarum y ang dicucuk pada tangan. Bahunya aku tepuk lagi, sesekali matanya terbuka dan kemudian dia menangis. Syukur.
Anak kedua dan ketiganya juga dibantu doktor dan rakan PPP yang bertugas. Tiba-tiba aku tertanya soalan ini.
"Tadi kak buat apa?"
Diberitahu tadi dia ada urusan dalam klinik.
"Anak-anak akak duduk kat mana tadi? Dalam kereta?"
Dia mengangguk.
"Buka aircond ke tadi?"
"Ya, buka aircond.
"Tingkap ada buka tak?"
Kali ini si ayah menjawab, "Yer, tingkap buka sedikit tadi".
Okey, thats point. My first impression mungkin mereka keracunan karbon monoksida.
Setelah beberapa minit berlalu, terdengar anak-anak ini teriak menangis. Mungkin baru sedar, terkesan dengan rawatan yang diberi. Mungkin juga terkejut dengan apa yang berlaku. Semuanya berumur bawah lima tahun.
Allahuakabar. Tahap kesedaran ketiga anak-anak ini beransur kembali. Rawatan dan pemerhatian tetap dibuat. Segala apa yang bole hbuat di klinik, kami buat. Doktor bersiap sedia dengan borang rujukan untuk rujuk ke hospital. Ketiga-tiga anak ini perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.
Semuanya kembali sedar. Mereka bercakap ,ada juga yang menangis. Mungkin takut dengan apa yang berlaku. Susu formula diberi, anak-anak minum susu tersebut.
Selepas selesai, aku bertanya lagi kepada si ayah. Si ayah memberitahu yang dia juga berada dalam kereta tersebut, tetapi dia tidak mengalami apa-apa simptom. Syukur anak-anak ini semuanya selamat dirujuk ke hospital.
Sejujurnya aku tidak pasti apa yang berlaku siang tadi, cuma berdasarkan pemerhatian dan pengambilan sejarah yang diambil melalui ibu bapa, mungkin anak-anak ini mengalami keracunan karbon monoksida yang mungkin terhasil dari aircond tersebut.
Aku nak ingatkan diri aku dan peringatan bersama. Jangan sesekali tinggalkan anak atau duduk di dalam kereta dengan keadaan aircond dibuka dalam tempoh yang lama walaupun tingkap dibuka.
Membunuh secara perlahan. Nauzubillahiminzalik.
Aku tidak pasti apa yang akan berlaku terhadap dua anak-anak itu jika masih dibiarkan dalam kereta. Aku puji tindakan pantas ibu ayah adik-adik ini untuk terus bawa masuk ke kecemasan bila dapat kesan sesuatu yang pelik berlaku.
Sebelum dirujuk ke hospital tadi, aku mengingatkan si ayah dan diri aku sekali lagi supaya perkara ini tidak diulangi. Saling mengingatkan.
Kredit: Madi Ismile
Sumber : thereporter.my