Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan untuk mengekalkan had operasi perniagaan sehingga 12 malam sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP. Perkara ini diputuskan pada mesyuarat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.
Pihak DBKL berbuat sedemikian bertujuan untuk memudahkan pihaknya melakukan pemantauan SOP bersama agensi lain yang berkaitan. Bagi memastikan perkara ini berjalan lancar, pihak DBKL berharap agar pemilik premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Sumber gambar dari NST |
OHMEDIA: KEKAL SUNYILAH KL LEPAS NI. HARAP ADA MEKANISMA TERBAIK UNTUK PENIAGA-PENIAGA SEKITAR WILAYAH KUALA LUMPUR.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca DBKL kekal benarkan perniagaan beroperasi sehingga 12 malam sahaja di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media