Motorola Lancarkan G9 Plus Dengan 6.8 Inci Menggunakan Snapdragon 730G


Masa zaman sekolah dulu, jenama telefon pintar dari Motorola memang meningkat naik dan lepas beberapa tahun terus senyap dekat Malaysia. Kalau korang nak tahu, Motorola baru je lancarkan telefon pintar terbaru iaitu Motorola G9 Plus. Telefon pintar terbaru Motorola ini didatangkan dengan skrin sebesar 6.8 inci FullHD+ Max Vision yang menyokong HDR10.

Untuk cip pemprosesan, ia dikuasakan dengan 730G dengan memori 4GB RAM dan storage sebesar 128GB yang boleh dikembangkan lagi menggunakan microSD sehingga 512GB. Motorola G9 Plus ni didatangkan dengan bateri sebesar 5,000mAh bersama 30W fast-charging menggunakan USB Type-C.


Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan quad-kamera iaitu 64 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultra wide + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula hadir dengan 16 megapixel.

Telefon pintar ini didatangkan dengan dia pilihan warna kepada pembeli iaitu Rose Gold dan Indigo Blue. Motorola G9 Plus ni baru dijual dekat Brazil sahaja. Korang suka tak apa yang ditawarkan pada telefon pintar terbaru Motorola ni? Ohmedia rasa macam puas hati jugalah.

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca telefon pintar terbaru Motorola di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media