--> Skip to main content

Oppo Malaysia Bawa Masuk A53 Dengan Skrin 90Hz, Harga Bawah RM700


Sebelum ni Ohmedia ada kongsikan yang Oppo A53 telah diperkenalkan di Indonesia yang juga merupakan telefon pintar pertama menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 460. Baru-baru ini, telefon pintar terbaru Oppo di telah diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan harga RM699 jer gais.

BACA : Oppo A53 Smartphone Pertama Gunakan Cipset Snapdragon 460


Korang rasa performance Oppo A53 ni padu tak dengan cipset Snapdragon 460 ni? Bagi spesifikasi lain, Oppo A53 ni didatangkan dengan skrin 6.5 inci IPS LCD bersama 720x1600 pixel yang menyokong 90Hz refresh rate. Ia juga hadir dengan bateri sebesar 5,000mAh bersama 18W fast-charging menggunakan USB Type-C.


Untuk kamera utama, Oppo A53 ni dilengkapi dengan tri-kamera iaitu 13 megapixel sensor utama + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera depan pula hadir dengan 16 megapixel. Apa yang bestnya, telefon pintar ni masih menyokong audiojack. Korang boleh dapatkan Oppo A53 ni dengan tiga pilihan warna iaitu Fairy White, Electric Black dan Fancy Blue.

Kredit: Oppo MalaysiaTechnave

+ Baca respon pembaca telefon pintar terbaru Oppo di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 07 September 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...