Lagi tentang aplikasi TikTok. Aplikasi TikTok ni semakin popular di dunia dan Malaysia juga tidak ketinggalan apabila semakin ramai anak muda yang telah mula terjebak dengan melakukan video kreatif menggunakan aplikasi ini.
Bagaimanapun, sebelum ini Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ada menyatakan niatnya untuk mengharamkan aplikasi itu dengan alasan TikTok adalah alat pengintip dan sebagai langkah keselamatan.
Terbaru, TikTok menggesa Mahkamah Persekutuan menyekat tindakan pengharaman itu dan pihak pendakwaan dikatakan akan melakukan hujahan mereka sebelum hakim membuat sebarang keputusan.
Usul injuksi awal berpendapat langkah pengharaman itu bukan didorong atas faktor keselamatan sebaliknya atas pertimbangan politik berkait dengan pilihan raya yang akan berlangsung.
Tindakan ini diambil Trump juga dilihat semata-mata kerana TikTok berasal dari China dan mengugut untuk mengharamkan aplikasi itu sekiranya TikTok tidak dijual kepada syarikat AS.
Sebelum ini juga, Trump telah bersetuju dengan perjanjian antara syarikat Oracle dari AS yang menjadi rakan kongsi data TikTok. Oleh itu, TikTok boleh meneruskan aktiviti mereka di sana.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media