Suatu ketika dulu, pengacara, Azwan Ali atau Diva AA pernah memaki hamun Naim Daniel tanpa sebarang sebab hanya kerana Naim berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu 34 tahun lalu.
Ketika itu, Naim tidak melenting. Sebaliknya dia membalas kenyataan itu dengan penuh berhemah.
Setahun kemudian, dua selebriti ini dikatakan telah mengambil keputusan untuk berdamai. Terbaru, Naim meuat naik video pertemuannya dengan Azwan yang juga berkesempatan menyanyi lagu baharu Naim berjudul Purnama.
Bukan hanya itu sahaja, malah Azwan mempromosikan lagu baharu itu kepada netizen.
Keakraban mereka berdua dalam video itu menimbulkan banyak reaksi positif netizen yang mengucapkan rasa syukur. Apatah lagi dengan kapsyen Naim pada video itu amat padu.
"Kasih dan sayang akan sentiasa menang."
Ini sekali gus memberikan satu mesej bahawa, kata-kata makian orang lain pada diri tidak seharusnya dibalas dengan kata-kata makian. Sebaliknya, balaslah dengan kata-kata kasih sayang dan penuh rasa hormat agar terpadam api kebencian atau kemarahan orang di sebelah sana.
Pujian juga harus diberikan pada Diva AA yang mengambil pendekatan untuk berdamai dan memberikan contoh yang baik kepada muka baharu dalam industri hiburan.
Sumber: Instagram Naim Daniel
Sumber : thereporter.my