--> Skip to main content

Hasil Ujian Swab Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic Positif Tanpa Simpton


Penyerang pasukan AC Milan yang juga merupakan pemain bola sepak yang tinggi lampai iaitu Zlatan Ibrahimovic disahkan positif Covid-19. Menurut petikan Berita Harian, perkara ini telah disahkan sendiri pasukan AC Milan. 

Pada awalnya, Zlatan Ibrahimovic menjalani ujian swab sebelum berentap bersama kelab pasukannya dalam kelayakan pusingan ketiga Liga Europa menentang kelab Norway iaitu FK Bodo/Glint. Hasil ujian mendapati yang penyerang terkenal itu disahkan positif Covid-19. 

Ibrahimovic kemudiannya terpaksa menjalani kuarantin di rumah. Kesemua pemain AC Milan juga telah menjalani ujian tersebut dan didapati negatif. Wabak ni tak kira siapapun kita, jadi jangan lupa untuk sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan walau dimana kita berada.

Kredit: Berita Harian  

+ Baca respon pembaca Zlatan Ibrahimovic menjalani kuarantin di rumah di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 25 September 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...