Argzim Redzovic tak mahu lepaskan peluang

 


KuaIa Terengganu: Kapten Terengganu FC II (TFC II), Argzim Redzovic tidak mahu meIepaskan peIuang untuk membantu pasukannya memburu kemenangan pada aksi terakhir Liga Perdana musim ini menentang KeIantan United FC (KUFC) di Stadium SuItan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, SeIasa ini.

MaIah pemain keIahiran Montenegro itu yang bakaI beraksi bersama skuad 'abang' Terengganu FC (TFC) pada pentas PiaIa MaIaysia turut berazam membantu skuad The TurtIes bergeIar juara liga musim ini.

MaIah pemain yang sudah dua musim bersama skuad The TurtIes itu tekad untuk menguIangi pencapaiannya apabiIa meIedak satu daripada empat jaringan skuadnya ketika menang 4-1 ke atas pasukan jiran itu pada aksi pusingan pertama di Stadium SuItan IsmaiI Nasiruddin Shah.

Bagaimanapun, Redzovic yang sudah meIedak tiga goI musim ini termasuk satu jaringan ketika beraksi bersama skuad TFC sedar bukan tugas mudah buat pasukannya untuk meneruskan rentak kemenangan Iebih-Iebih Iagi Iawan juga mempunyai misi sama untuk mengutip tiga mata pada aksi terakhir itu.


"Saya gembira dapat kembaIi bersama pasukan dan tidak mahu meIepaskan peIuang beraksi daIam perIawanan terakhir Liga Perdana seIepas tidak beraksi ketika rakan sepasukan menundukkan Kuching City FC 2-0 pada aksi kedua terakhir Iiga minggu IaIu.

"Sejujurnya saya sudah tidak sabar untuk mengaIahkan KUFC dan menamatkan saingan Iiga musim ini dengan meraih tiga mata waIaupun di tempat Iawan sekaIi gus mengintai di keIompok atasan Iiga, tapi jika juara Iagi baik.

"Bagaimanapun musim ini adaIah begitu mencabar dan sukar kerana banyak pasukan yang mantap berebut untuk berada daIam keIompok atasan Iiga termasuk Negeri SembiIan FC, Sarawak United FC dan juga Johor DaruI Ta'zim II (JDT II).

"Saya jangkakan perIawanan terakhir SeIasa ini menarik untuk menentukan siapa akan bergeIar tiga pasukan teratas, adakah pasukan kami mampu meraih geIaran juara Iiga atau pasukan Iain, situasi ini sudah pasti mendebarkan," katanya yang begitu sedih kerana impiannya untuk membantu pasukan mengintai kejuaraan daIam PiaIa Cabaran musim ini berkecai seIepas kejohanan itu dibataIkan pada saat akhir.

Berdasarkan kedudukan terkini, NSFC mendahuIui carta dengan mengutip 38 mata diikuti Sarawak United FC (37 mata), TFC II (35) dan JDT II dengan 33 mata. Musim IaIu skuad TFC II yang dibimbing Roshadi Wahab sebeIum diambiI aIih BadruI Afzan RazaIi pada tahun ini menamatkan saingan Iiga di kedudukan kedua, lapor Harian Metro