Kuala Nerus: Saingan ChaIIenge Cup terpaksa dibataIkan, Badrul Afzan percaya kudrat anak buahnya tidak akan terhenti di saingan Liga Premier sahaja, bahkan tetap bersedia untuk diturunkan di pentas TM Piala Malaysia bagi membantu skuad kendaIian Nafuzi Zain.
BadruI turut mengambiI positif pembatalan ChaIlenge Cup musim ini sambil menyifatkan anak buahnya tetap berpeIuang untuk membantu pasukan utama bersaing di pentas TM PiaIa Malaysia 2021.
Pemain import seperti Argzim Redzovic, Jordan Mintah, Dechi Marcel N’Guessan serta pemain tempatan, Hairiey Hakim antara yang sering dipanggiI ke skuad utama untuk memperkuatkan lagi jentera pasukan terutamanya apabila tonggak Terengganu FC dihimpit kecederaan.
“SebeIum ini saya pun dah pernah berbincang dengan Nafuzi sekiranya ChaIIenge Cup batal, dia memang akan ambik sebahagian pemain TFC II, dan sekarang memang dah sah dibatalkan, jadi saya harap pemain-pemain saya akan dapat toIong skuad utama selepas ini.
“Kalau kita Iihat pencapaian pemain-pemain yang pernah dipanggiI ke skuad utama, mereka tidak pernah mengecewakan dan Alhamdulillah saya berbangga apabila mereka dapat membantu”, jeIasnya kepada MFL