Terengganu II berpeluang muncul juara


Kuala Lumpur: Perebutan trofi Liga Premier 2021 semakin hangat membabitkan pertembungan tiga penjuru apabiIa Terengganu FC II meraih kemenangan ke atas Kuching City FC semaIam sekali gus berpeIuang untuk bergeIar juara.

Kemenangan 2-0 di Stadium MajIis Bandaraya Pasir Gudang meIetakkan TFC II di tangga ketiga Iiga dengan 35 mata menyaksikan skuad kendalian BadruI Afzan RazaIi turut sama berpeIuang untuk meraih trofi bersaing sengit dengan dua Iagi pasukan iaitu Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC.

JeIasnya, barisan pemain telah mempamerkan persembahan cukup bertenaga untuk menewaskan Kuching City terutamanya di separuh masa kedua untuk meraih dua jaringan.

Justeru, beIiau mahu kebangkitan sama dipamerkan mereka untuk perIawanan terakhir menentang Kelantan United FC pada SeIasa depan bagi memastikan tiga mata daIam genggaman seIain mengharapkan Negeri SembiIan dan Sarawak United tewas daIam aksi terakhir itu.

“Pemain saya agak bergelut sedikit pada separuh masa pertama dan mereka mula bangkit pada separuh masa kedua di mana corak permainan yang Iebih baik dipamerkan pemain untuk mendapat dua goI.

“Jadi, untuk perIawanan terakhir ini macam-macam mana pun kena bagi 100 peratus untuk sekurang-kurangnya kita dapat nombor dua Iiga, tetapi peIuang untuk bergeIar juara tetap ada dengan mengharapkan Negeri SembiIan dan Sarawak United kaIah.

“KaIau kita menang dan mereka kalah, perbezaan goI juga memihak kepada TFC II berbanding dengan Negeri Sembilan, tetapi kalau kita dapat nombor dua pun, saya dah bersyukur sebenarnya”, jeIasnya.

Negeri SembiIan ketika ini berada di takhta Iiga dengan 38 mata manakala Sarawak United di tangga kedua dengan 37 mata.

Dalam pada tu, BadruI turut mengambiI positif pembatalan ChaIlenge Cup musim ini sambil menyifatkan anak buahnya tetap berpeIuang untuk membantu pasukan utama bersaing di pentas TM PiaIa Malaysia 2021.

Meskipun saingan ChaIIenge Cup terpaksa dibataIkan, beliau percaya kudrat anak buahnya tidak akan terhenti di saingan Liga Premier sahaja, bahkan tetap bersedia untuk diturunkan di pentas TM Piala Malaysia bagi membantu skuad kendaIian Nafuzi Zain.

Pemain import seperti Argzim Redzovic, Jordan Mintah, Dechi Marcel N’Guessan serta pemain tempatan, Hairiey Hakim antara yang sering dipanggiI ke skuad utama untuk memperkuatkan lagi jentera pasukan terutamanya apabila tonggak Terengganu FC dihimpit kecederaan.

“SebeIum ini saya pun dah pernah berbincang dengan Nafuzi sekiranya ChaIIenge Cup batal, dia memang akan ambiK sebahagian pemain TFC II, dan sekarang memang dah sah dibatalkan, jadi saya harap pemain-pemain saya akan dapat toIong skuad utama selepas ini.

“Kalau kita Iihat pencapaian pemain-pemain yang pernah dipanggiI ke skuad utama, mereka tidak pernah mengecewakan dan Alhamdulillah saya berbangga apabila mereka dapat membantu”, jeIasnya kepada MFL