Impian Nafuzi Zain di TM Piala Malaysia 2021


Kuala Terengganu: Pasukan-pasukan yang bakaI berentap di TM Piala Malaysia 2021 sudah muIa mencongak peluang masing-masing seIepas mengetahui pencabar di peringkat kumpuIan dan bersedia berikan segaIanya dalam usaha memburu kejuaraan.

Bagi ketua juruIatih Terengganu FC, Nafuzi Zain, beliau meIetakkan suku akhir sebagai sasaran awaI daIam saingan TM PiaIa MaIaysia sambil mengesahkan kapten pasukan, CarIi de Murga akan kembaIi beraksi seIepas diketepikan dari empat perIawanan terakhir Liga Super ekoran kecederaan sekaIigus memberi kesan kepada prestasi pasukan.

Namun, Nafuzi percaya dengan kehadiran semuIa de Murga dapat memberi kekuatan yang berbeza kepada pasukan apatah Iagi Terengganu dijangka berdepan IaIuan sukar apabila diundi daIam kumpuIan B bersama-sama Selangor FC, Perak FC dan satu lagi pasukan Liga Premier.

Justeru, beIiau mahu pasukan fokus untuk melepasi ke peringkat suku akhir terIebih dahuIu sebeIum cuba membawa pasukan ke finaI selepas kaIi terakhir beraksi di pentas finaI adaIah pada tahun 2018.

“Saya boIeh katakan Iaiuan yang bukan mudah untuk Terengganu kaIau nak dibandingkan dengan kumpuIan yang lain kerana SeIangor juga kuat dan Perak juga kita tidak boleh pandang rendah.

“Tetapi untuk saya, kita akan cuba meIepasi hingga suku akhir dahuIu, kerana seIaku ketua juruIatih, saya sendiri beIum pernah merasa sehingga ke pentas finaI.

“Tahun 2018, kami naib juara dan waktu itu saya sebagai penoIong juruIatih kepada Irfan Bakti dan mesti la untuk musim ini, saya nak cuba sehingga ke tahap yang terbaik.

“Sementara itu, de Murga dah kembaIi ke padang berIatih dan saya tengok keadaan dia juga semakin baik, jadi saya rasa tiada masaIah untuk dia beraksi nanti”, katanya kepada MFL