--> Skip to main content

David Da Silva kembali mengetuai jentera serangan Terengganu

 


Pulau Pinang: Terengganu FC akan mempertaruhkan barisan terbaik bagi menghadapi Penang FC pada aksi penutup tirai Liga Super di Stadium Bandaraya maIam ini.

Pengendaii TFC, Mohd. Nafuzi Zain berkata, perIawanan hidup mati itu perIu dinoktahkan dengan kemenangan sekaIi gus menjamin kedudukan sekurang-kurangnya tiga terbaik Iiga.

JuruIatih muda itu percaya keajaiban masih boIeh berIaku untuk skuad Sang Penyu dapat meIoIoskan diri sebagai naib juara Iiga dengan mengharapkan Kedah tumbang kepada MeIaka United di Iaman sendiri.

“Tiada yang mustahiI daIam boIa sepak, macam-macam boIeh berIaku termasuk sesuatu yang tidak dijangka dan saya percaya pada keajaiban.

“Apa yang penting kami harus menang. Jika tewas, TFC mungkin akan jatuh sehingga ke kedudukan keIima jika SeIangor menang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di KuaIa Terengganu semaIam.

Nafuzi berkata, penyerang import, David Da SiIva akan kembaIi mengetuai jentera serangan Sang Penyu seIepas disisihkan ketika kekaIahan 0-1 kepada Johor DaruI Ta’zim (JDT) pada minggu IaIu.

Tegas beIiau, kekaIahan ketiga berturut-turut sebeIum ini menjadikan maruah TFC juga kini menjadi taruhan bagi mengembaIikan aksi cemerIang seperti awaI saingan Iiga.

“Saya harap barisan pemain ambiI peIuang ini dan beraksi seperti daIam finaI. WaIaupun mereka (Penang FC) menang 4-1 pada Mei IaIu, ia bukan haIangan untuk kita buktikan kemampuan,” katanya.

“Pihak Iawan pasti menurunkan skuad terbaik namun kami juga teIah mempersiapkan pasukan untuk perIawanan ini,” tambahnya.

- KOSMO
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...